kenapa awak sembah bangunan hitam tu??

Posted by: , 1 komentator

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
 "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
 "Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
 "Allah ada dalam tu?"
 "Tak.."
 "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
 "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
 "Kamu sembah apa?"
 "Saya sembah Allah swt"
 "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
 "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
 "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
 "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."
 "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
 "Tengok perlawanan bola la.."
 "Di mana?"
 "Dalam tv la.."
 "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
 "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
 "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"
 "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
 "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
 "Peliknya.."
 "Sebab apa pulak pelik?"
 "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
 "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."
 "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

note tangan :
saya share drp facebook's note.. sepanjang bace, meremang bulu roma.. ya ALLAH!! :)
bagi saya perumpamaan yang semua orang boleh faham tanpa mngunakan ayat quran atau hadis sekalipun.. hanya mngunakan logik akal yang semua orang tiada..



gambaran MASJIDIL HARAM dan KAABAH dari lensa kemera





persahabatan

0
Posted by: , 0 komentator





PERSAHABATAN

Dan seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.

Dikala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta, tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.


 
-Khalil Gibran-


Our own page

0
Posted by: , 0 komentator

!!Page kita semua!!
..Assalamualaikum..
sini saya nak cite sikit pasal page sinafamily. page ni telah ditubuhkan sejak sekian lama kire-kire 1 bulan yang lalu. page ni tertubuh secara tibe2. "eh rase nak try buat page sendiri la kt facebook, tp pikir2 blek mcm buang masa plak. ting!! tbe2 teringat yang saya mempunyai blogspot kelas." jadi mulai dari detik itu page dari facebook telah tercipta dengan jayanya (hanya tercipta, blum hasil semasa agi). jadi dengan kerjasama 3 admin yang ada, sama2 lah mengimarahkan page yang ade. bukan bertujuan suka2 tapi tujuan ukhwah. Di sini korang boleh share semua segala benda. nak promote bag (boleh), nk promote kek (boleh), nk promote kraftangan (boleh) , ikut korang la. tp mungkin page ini kurang meriah apabila hanya certain manusia yang meng'like' page nie. jadi sesiapa yang berminat boleh la 'like' noo. ha!!?? mende?? ohh nak link.. sabo2........ nah~~ SINAFAMILY


Ilmu

0
Posted by: , 0 komentator


"kalau sekiranya air di lautan dijadikan tinta untuk menuliskan kalimah-kalimah Allah. nescaya akan kering seluruh lautan sebelum habis kalimah-kalimah Allah itu dituliskan sekalipun di tambah lagi tinta sebagai air seluruh lautan itu pula." (surah al-kahfi : ayat 109)

ILmu adalah cahaya yang dikurniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah adalah lebih tinggi beberapa darjat. hanya orang2 yang berilmu &berakal dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta serta segala isinya.

Demikina mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasullulah meriwayatkan dalam sebuah hadis berbunyi :

"Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalanya ke syurga. sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yg menntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka lakukan. dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan di mohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan berada di air. sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. sesungguhnya para ulama itu pewaris para nabi2. dan sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, ia telah mendapatkan bahagian yang paling banyak."

Ilmu adalah sangat penting bagi manusia yang berakal seperti kamu semua. Ilmu bukan sahaja ilmu fardhu kifayah seperti yang kita belajar sekarang seperti ilum kedoktoran, farmasi, engineering, masakan, perguruan, lawyer, akautan dan sebagainya malahan wajib bagi kita sebagai orang yang mempunyai agama untuk mendalami ilmu agama. Kita juga disuruh untk menuntut ilmu duniawi untuk kita gunakanya selama berada di muka bumi ini. ini kerana dengan ilmu itu, kita tidak mudah di tipu oleh manusia2 lain apatah lagy ilmu2 agama.


cara buat 'read more' di blogspot

0
Posted by: , 0 komentator

hye seme, saya budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan. hehehe



 
photo

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer massa. Duis vel libero vitae leo placerat blandit. Sed a nisi ac turpis facilisis facilisis. Pellentesque ut enim. Nam mollis ante. Quisque a eros. Fusce rutrum. Donec suscipit lobortis turpis.

@Tue 24 Feb, 2009 20:16Green Banner: 24 February, 2009Green Banner Vector Graphic http://tinyurl.com/an5ptx

Template and Icons by DryIcons.com