SUFFUAN AS THAURI:
Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat
Saidina Ali bin Abi Talib
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani
Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga)
Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:· Hatinya selalu berniat suci · Lidahnya selalu basah dengan zikrullah · Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) · Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Luqman Hakim
Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya.
Imam Syafi'e
Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata
Nabi Isa A.S
Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka orang itu pantas disebut orang besar di segala petala langit
Imam Abu Hanifah
Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi zahir dan batinnya
Lao Tze
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah
Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa