dewasanya kita bertambah masihi..

Posted by: ,

Asalam....
wahai warga sinafamiely.. kerinduan neyh... ha3.. salam ukhwah semua... ho mari cuci sawang...

sahabat hari berlalu dan pergi dan meninggalkan kita.. sedar tak?? di mana ya kita sekarang? masih di takuk selesa masuk kelas tunggu cikgu datang buat kerja sekolah balik rumah? keluar berpeleseran dengan teman.. enjoy kehidupan muda kerana muda hanya sekali? eh sayangnya jika merasakan begitu. ya muda yang sekali tu lah yang tak akan jadi dua kali bila kita menyesal waktu tua. ouh kita tiada guarantee untuk merasa tua dan beruban. ajal akan datang bila-bila. kian tiba hari baru kian dekat kita kepada saat itu...


tapi di mana kita sekarang dan siapa kita tika ini.. solat kita sudah sempurna hari ini? solat kita masih di hujung waktu? saf keberapa kita kali ini? masih suci kah mata kita?? berapa banyak dah aurat yang kita lihat dan berapa lama aset berharga itu kita tonjolkan? berapa baris kalimah suci ALLAH yang dilafazkan hari ini.. setandingkah kata-kata dosa umpatan caci maki yang telah kita luahkan?
masih bersihkan hati ini dengan sinaran cahaya nur dan pertunjukNYA?? atau kita telah hanyut dibawah jauh?? apakah nikmat hari ini rahmat dariNYA atau istidhraj buat kita? apakah hari ini telah kita penuhi dengan segala perintahNYA?? atau kita isi dengan perkara sia-sia??
dewasanya kita bukan bermakna kita sudah bebas melakukan semuanya tapi petanda kita kini kian bebas pada diri kita.. dengan bebas mengarahkan diri kita supaya berpegang teguh padaNYA,, agama dan perintahNYA.. sedarkah kita dewasa kita petanda kita kian dekat pada NYA menghampiri hari itu di mana akan di ucapkan selamat tinggal dunia.. moga kita aman di sana amin...
hidup x mudah.... tapi tak payah... berseronoklah dengan ibadah. enjoylah dengan segala perintahNYA nikmatilah keindahan cahaya rahmat yang dipinjamkanNYA.
sekadar peringatan untuk semua.. terutama diri sendiri.. =)


1
huuuuuuhhhhhh, teraseeee.

 
photo

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer massa. Duis vel libero vitae leo placerat blandit. Sed a nisi ac turpis facilisis facilisis. Pellentesque ut enim. Nam mollis ante. Quisque a eros. Fusce rutrum. Donec suscipit lobortis turpis.

@Tue 24 Feb, 2009 20:16Green Banner: 24 February, 2009Green Banner Vector Graphic http://tinyurl.com/an5ptx

Template and Icons by DryIcons.com