Sejarah Hari Raya Aidiladha

Posted by: ,


Assalamualaikum sahabat......

Agak-agaknyer dah bape tahun kite menyambut Hari raya Idul Adha ni ekk???

Mestilah 19 kali.. c0z kite dah 19thun... itu p0n nak kire..haha..

Tapi penah ke kite menghayati ape sebenarnya Raya Haji ni...

Apa sejarah raye ni ekk... jom share same-same k.....huhu



Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13Zulhijah.

Merenung kembali jejak-jejak sirah para nabi, perayaan ini lebih sinonim dengan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Catatan sirah kedua2 nabi ini menjadi satu inspirasi kepada jutaan umat islam kearah rasa taqwa kepada Allah S.W.T tnpa berbelah bagi.

Malah ia menjadi gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang hamba kepada Tuhannya, seorang suami kepada isterinya, dah kasih ibu kepada anaknya.

Terdapat tiga peristiwa penting yang boleh dikutip dalam catatan sirah ini:

Pertama kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim agar meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus.

Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat islam menunaikan rukun islam yang ke lima, Mekah atau dahulunya dikenali sebagai Bakkah.

Peristiwa kedua ialah ujian ke atas Nabi Ibrahim a.s agar menyembelih anakya Nabi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan seekor kambing biri-biri sebagai ganti kepda anaknya.

Peristiwa ini menunjukkan betapa patuhnya Nabi Ismail a.s memenuhi perintah Allah S.W.T keatas dirinya tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga,

Nabi Ismail a.s berkata, ' Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyallah kamu akan mendapatiku termasuk dalam orang-orang yang sabar.' (Ash-Shafaat:102)

Peristiwa ketiga ialah pembinaan semula kaabah oleh kedua-dua nabi Allah yang mulia ini.

' Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat.'


Alhamdulillah sekarang dah tahu serba sedikit sejarah Hari Raya Idul Adha ni en.. Smoga selepas ini kite lebih menghayati hari bersejarah ini dan mengambil pengajaran dan tauladan dari sejarah para nabi.

Wallahualam...



0

 
photo

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer massa. Duis vel libero vitae leo placerat blandit. Sed a nisi ac turpis facilisis facilisis. Pellentesque ut enim. Nam mollis ante. Quisque a eros. Fusce rutrum. Donec suscipit lobortis turpis.

@Tue 24 Feb, 2009 20:16Green Banner: 24 February, 2009Green Banner Vector Graphic http://tinyurl.com/an5ptx

Template and Icons by DryIcons.com