kenapa awak sembah bangunan hitam tu??

Posted by: ,

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
 "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
 "Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
 "Allah ada dalam tu?"
 "Tak.."
 "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
 "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
 "Kamu sembah apa?"
 "Saya sembah Allah swt"
 "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
 "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
 "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
 "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."
 "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
 "Tengok perlawanan bola la.."
 "Di mana?"
 "Dalam tv la.."
 "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
 "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
 "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"
 "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
 "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
 "Peliknya.."
 "Sebab apa pulak pelik?"
 "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
 "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."
 "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

note tangan :
saya share drp facebook's note.. sepanjang bace, meremang bulu roma.. ya ALLAH!! :)
bagi saya perumpamaan yang semua orang boleh faham tanpa mngunakan ayat quran atau hadis sekalipun.. hanya mngunakan logik akal yang semua orang tiada..



gambaran MASJIDIL HARAM dan KAABAH dari lensa kemera





1
betul la,tegak je bula time baca ni

 
photo

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer massa. Duis vel libero vitae leo placerat blandit. Sed a nisi ac turpis facilisis facilisis. Pellentesque ut enim. Nam mollis ante. Quisque a eros. Fusce rutrum. Donec suscipit lobortis turpis.

@Tue 24 Feb, 2009 20:16Green Banner: 24 February, 2009Green Banner Vector Graphic http://tinyurl.com/an5ptx

Template and Icons by DryIcons.com