Kerana mulut badan binasa.
kerana mulut rosak budaya
kerana mulut rosak jiwa
kerana mulut binasa agama
adu domba
cerita sini sana
sebar fitnah
mencari salah
hidup ini tak lama
kita saling mengingati antara satu sama lain
mengingati diri sendiri juga.
sesungguhnya lidah itu lebih tajam dari pedang.
jaga diri hiasi peribadi...

mulut
Posted by: , 0 komentatormendewasa
Posted by: , 0 komentatordah hampir setahun blog ni senyap..
maaf maaf...
biasalah tempoh mendewasa..
kesibukan yang entah apa-apa
tentang perkara dunia.
yang tak akan pernah habis
2012
kami kian mendewasa
kami kian tegar dengan dunia penuh pura-pura
kami sedang belajar tentang hidup sebenar
doakan kami.
dengan perjuangan
untuk bertemu yang hakiki
doakan kami.!
kami cuba untuk tak biarkan dinding blog ini diupdate setahun sekali
ehek ehek insyallah
sejauh mana kami pergi
kami tetap sinafamiely
jauh di mata dekat di hati..
cewah..
ukhwah fillah abadan abada.
insyallah

Just open your heart and let HIS love flow through [i believe]
Posted by: , 0 komentatorI Believe (LYRICS)
When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you
He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him
You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day
Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day
Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
Chorus
I believe I believe, I believe I believe
Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Video Directed by: Lena Khan
p/s : ver2 like this song!!!
Kisah Nenek
Posted by: , 0 komentatorSetelah sekian lama di peratauan, akhirnya semail pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
Nenek : semail, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek...
Semail : jangan cakap macam tu, nek.. (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung..dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram setiap hati tanaman nenetk itu.
Semail : Baik nek! Nenek jangan bimbang tentang hal itu.. Tapi dimana kebun nenek? Saya tidak pernah tahu?
Nenek : Di facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagitau passwordnye.
Semail : @!@!#!#%!
![]() |
| FARMIVILLE nenek!! |
Fakta atau Auta?
Posted by: , 0 komentatorFAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.
FAKTA 3: Keris Taming Sari Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.
FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.
| HAHAHAHA kucing pun gelak!! p/s : sekadar melonggarkan rongga2 mulut.. hehee |
Kenapa Doktor Bedah pakai baju hijau?
Posted by: , 1 komentatorASSALAMUALAIKUM
nota tangan : entry ini ditujukan khususnye bakal-bakal dokter sina family yang berada di MESIR sekarang dan juga secara amnya kepada semua pembaca..
Dalam bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas.
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan.
Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.
kenapa awak sembah bangunan hitam tu??
Posted by: , 1 komentator"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."
note tangan :
saya share drp facebook's note.. sepanjang bace, meremang bulu roma.. ya ALLAH!! :)
bagi saya perumpamaan yang semua orang boleh faham tanpa mngunakan ayat quran atau hadis sekalipun.. hanya mngunakan logik akal yang semua orang tiada..
![]() |
| gambaran MASJIDIL HARAM dan KAABAH dari lensa kemera |
persahabatan
Posted by: , 0 komentatorDan seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Dikala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta, tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
-Khalil Gibran-
Our own page
Posted by: , 0 komentator![]() |
| !!Page kita semua!! |
sini saya nak cite sikit pasal page sinafamily. page ni telah ditubuhkan sejak sekian lama kire-kire 1 bulan yang lalu. page ni tertubuh secara tibe2. "eh rase nak try buat page sendiri la kt facebook, tp pikir2 blek mcm buang masa plak. ting!! tbe2 teringat yang saya mempunyai blogspot kelas." jadi mulai dari detik itu page dari facebook telah tercipta dengan jayanya (hanya tercipta, blum hasil semasa agi). jadi dengan kerjasama 3 admin yang ada, sama2 lah mengimarahkan page yang ade. bukan bertujuan suka2 tapi tujuan ukhwah. Di sini korang boleh share semua segala benda. nak promote bag (boleh), nk promote kek (boleh), nk promote kraftangan (boleh) , ikut korang la. tp mungkin page ini kurang meriah apabila hanya certain manusia yang meng'like' page nie. jadi sesiapa yang berminat boleh la 'like' noo. ha!!?? mende?? ohh nak link.. sabo2........ nah~~ SINAFAMILY
Ilmu
Posted by: , 0 komentator"kalau sekiranya air di lautan dijadikan tinta untuk menuliskan kalimah-kalimah Allah. nescaya akan kering seluruh lautan sebelum habis kalimah-kalimah Allah itu dituliskan sekalipun di tambah lagi tinta sebagai air seluruh lautan itu pula." (surah al-kahfi : ayat 109)
ILmu adalah cahaya yang dikurniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah adalah lebih tinggi beberapa darjat. hanya orang2 yang berilmu &berakal dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta serta segala isinya.
Demikina mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasullulah meriwayatkan dalam sebuah hadis berbunyi :
"Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalanya ke syurga. sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yg menntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka lakukan. dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan di mohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan berada di air. sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. sesungguhnya para ulama itu pewaris para nabi2. dan sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, ia telah mendapatkan bahagian yang paling banyak."
Ilmu adalah sangat penting bagi manusia yang berakal seperti kamu semua. Ilmu bukan sahaja ilmu fardhu kifayah seperti yang kita belajar sekarang seperti ilum kedoktoran, farmasi, engineering, masakan, perguruan, lawyer, akautan dan sebagainya malahan wajib bagi kita sebagai orang yang mempunyai agama untuk mendalami ilmu agama. Kita juga disuruh untk menuntut ilmu duniawi untuk kita gunakanya selama berada di muka bumi ini. ini kerana dengan ilmu itu, kita tidak mudah di tipu oleh manusia2 lain apatah lagy ilmu2 agama.
cara buat 'read more' di blogspot
Posted by: , 0 komentatorhye seme, saya budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan. hehehe
dewasanya kita bertambah masihi..
Posted by: , 1 komentatorAsalam....
wahai warga sinafamiely.. kerinduan neyh... ha3.. salam ukhwah semua... ho mari cuci sawang...
sahabat hari berlalu dan pergi dan meninggalkan kita.. sedar tak?? di mana ya kita sekarang? masih di takuk selesa masuk kelas tunggu cikgu datang buat kerja sekolah balik rumah? keluar berpeleseran dengan teman.. enjoy kehidupan muda kerana muda hanya sekali? eh sayangnya jika merasakan begitu. ya muda yang sekali tu lah yang tak akan jadi dua kali bila kita menyesal waktu tua. ouh kita tiada guarantee untuk merasa tua dan beruban. ajal akan datang bila-bila. kian tiba hari baru kian dekat kita kepada saat itu...
WAHAI MUSLIMAH
Posted by: , 1 komentatorWAHAI MUSLIMIN
Posted by: , 0 komentator
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita. Nikah Khitbah
Posted by: , 0 komentatorDalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.
Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"
Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat,hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Hidupkanlah kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)
hehe..nampaknya semua warga sina akan mencecah ke alam 20-an tak lame lagi... mase muda akan meninggalkan kite.. tingkatkan amalan pada yang ESA..s0, chayok2 k...hehe


A phenomenon
Posted by: , 0 komentatorsi pulan: wei, nak g ane???
si pulun: g c0op jap....nape??
si pulan: hehe..ni suke deng0r ni..tol0ng belikan koi CHOKI2!! (sambil tersipu2)
Tajuk utama:
CHOKI-CHOKI
Sejak dahulu lagi bumi malaya telah dijajah oleh penjajah2 yang tidak berhati n berperut. Maybe juga tidak berpancreas. huk2
Pada tahun 1957, bumi malaya telah dimerdekakan daripada penjajah2 yang menjajah bumi malaya yang sebenarnya menjajah negara kite dan menjajah begitu lama dan terus menjajah dan k0i p0n xtau berapa banyak perkataan menjajah k0i nak tulis...haha..
Dan sekali lagi bumi barakah ini telah dijajah oleh spesies berwarna coklat, tidak keras dan tidak cair... Tapi cair dimulut. haha... CHOKI2 kegemaran ramai..huhuhu.
Bak kata omputih,
'such a phenomenon'..haha.. Koi p0n tak berape paham sebenarnyer macam mane choki2 yang berharga 20sen sebatang ni bleh jadi kegemaran ramai...kalu time rehat 10.35-11.05, xyah nak cakap.. 'Dilaporkan bahawa traffic dari jalan co0p ke jalan bilik guru lelaki agak sesak. Dan dimaklumkan kepada semua studeng2, cepat2!!, nanti choki2 habis..haha, koi melaporkan dari Pahang.fm'
Dan ade jugak student bermati-matian membeli choki2 dengan merempuh student2 laen yang sedang membeli..Ape yang penting dapat choki2..Begitulah tragisnya nak dapatkan sebatang choki2..haha...

Pihak koperasi telah melaburkan beberapa juta untuk membekalkan stok choki2 yang cukup untuk memenuhi keperluan student2 khairiah... Dan pelanggan tetap tiap2 hari sudah tentu warga SINA FAMIELY. Buat malu je dah p0m4 p0m5 still makan choki2 dimulut kan..haha. Kalu takde choki2 kat mulut time cikgu ngajor warga ibnu sina xbleh nak blajar.. rase tensen, pening kpla, bosan, rase nak marah, ngantuk dan sebagainye... Begitulah besarnya impact sebatang Choki2 ini..huhu..
Dari depan sampai belakang.. bek p0mpuan bek laki...syamie, izwan, walid, ridzuan, halim, afiq, aufa, epul, nasir, pendi, aiman, syafiq, hanif, syuk, zul, atif, dona, carey, siha, nazala, miela, diba, ika, alin, intan, wanie, fadhilah, nacrah, nisah, nana, dila, milah n rasyidah.. tak de seorang p0n yang terkecuali,. semua skali telah dipukau dengan keenakan choki2..haha. Nasib bek Cikgu Izani tak dipukau skali, tapi kalu die makan senyap2 koi xtau laa pulak..huhu...
Perkare paling lawak dengan choki2, if tgok dak2 laki makan bap0k lajunyerr... sekelip mate habis dah sebatang... org p0mpuan punyer laa makan cikit2..haha.. then pas makan mesti kukut dengan pembarisss... jgn membazir laa katekan.. makan hingga ke titisan terakhir..huhu. sorang tak sah if tak sepaket sehari choki2..kaye syarikat choki2..huhu

Thanks kepada choki2 yg bnyk membawa kenangan yang indah kepada kite...huhu.. makan choki2 same2, kukut choki2 same2..huhu...Manisnyerr si choki2 manis lagi kenangan kite bersama.. :p
Dan sekarag jangan tak tau.. Choki2 dah ade 3 perisa... Chocolate Paste, Chococashew, and satu lg yang perisa duo tu..huhu.. sedap2...try laa cari choki2 dipasaran sekarang... Jangan nangis time makan choki2 sudah..hehe

Sejarah Hari Raya Aidiladha
Posted by: , 0 komentator
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13Zulhijah.
Merenung kembali jejak-jejak sirah para nabi, perayaan ini lebih sinonim dengan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Catatan sirah kedua2 nabi ini menjadi satu inspirasi kepada jutaan umat islam kearah rasa taqwa kepada Allah S.W.T tnpa berbelah bagi.
Malah ia menjadi gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang hamba kepada Tuhannya, seorang suami kepada isterinya, dah kasih ibu kepada anaknya.
Terdapat tiga peristiwa penting yang boleh dikutip dalam catatan sirah ini:
Pertama kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim agar meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus.

Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat islam menunaikan rukun islam yang ke lima, Mekah atau dahulunya dikenali sebagai Bakkah.
Peristiwa kedua ialah ujian ke atas Nabi Ibrahim a.s agar menyembelih anakya Nabi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan seekor kambing biri-biri sebagai ganti kepda anaknya.

Peristiwa ini menunjukkan betapa patuhnya Nabi Ismail a.s memenuhi perintah Allah S.W.T keatas dirinya tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga,
Nabi Ismail a.s berkata, ' Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyallah kamu akan mendapatiku termasuk dalam orang-orang yang sabar.' (Ash-Shafaat:102)
Peristiwa ketiga ialah pembinaan semula kaabah oleh kedua-dua nabi Allah yang mulia ini.
' Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat.'

Alhamdulillah sekarang dah tahu serba sedikit sejarah Hari Raya Idul Adha ni en.. Smoga selepas ini kite lebih menghayati hari bersejarah ini dan mengambil pengajaran dan tauladan dari sejarah para nabi.
Wallahualam...

Selamat Hari Raya Idul Adha buat semua....
Posted by: , 2 komentatorAssalamualaikum wbt kepada semua sahabat.......hehe
Sedih... memang sedih tengok blog sina famiely yang dah lame tak berupdate ni...
Semua bz dengan tugas masing2 sebagai
khalifah....
Hari raya ni lagi laa bz nyerr dok...
Ada bz g nyembelih....

Ada bz makan....

ada bz exxamm...
tak gitu??? huhu...
So yang exam tu wat laa care exam ye...hehe..
jangan buat cara orang dah cuti sem...kui3...
Pe2 p0n Wish all the best to all sina members yg x abis2 lg exam n marilah kite same2 menghidupkan balik blog kite yg dah malap ni agar kembali begemerlapan dengan cahaya ILMU.. insyallah...
by (muslimah)









